Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datu Thomas Akin Jelimin di BDC, Kuching, hari ini. Foto TVS

Presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera Datu Thomas Akin meninggal dunia

KUCHING, 14 Mac: Presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera Datu Thomas Akin Jelimin yang meninggal dunia pada Selasa lepas, disifatkan sebagai individu yang banyak memberi sumbangan dalam hal undang-undang adat masyarakat Dayak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata semasa hayatnya, mendiang antara figura penting yang membantu kerajaan Sarawak merangka rang undang-undang berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), Pemakai Menoa dan Pulau Galau pada 2017 apabila kerajaan meminda ordinan berkenaan.

“Mendiang Datu Thomas telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras membantu kami dengan idea-idea beliau dalam usaha dan kaedah untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya ketika ditemui semasa memberi penghormatan terakhir di kediaman mendiang di Taman BDC Stampin di sini, hari ini.

Uggah berkata lagi, mendiang juga terlibat secara langsung dengan proses menaik taraf Mahkamah Adat Anak Negeri.

Mendiang merupakan orang penting yang membantu membentuk hala tuju mahkamah tersebut.

Mendiang Thomas menghembuskan nafas terakhirnya pada petang Selasa (12 Mac) pada usia 74 tahun.

Beliau yang berasal dari Ulu Bawan, Kanowit meninggalkan seorang balu, Datin Nancy Anyau, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan