Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hari ketujuh usaha mencari mangsa bot karam terakhir, Konstabel Iskandar Ibrahim, yang masih hilang apabila bot dinaikinya bersama empat yang lain karam di Batang Baleh, Kapit. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Bot karam: ‘Saya masih setia tunggu’, Anis Nur Ezzati titip doa agar suaminya ditemukan

BySaibi Gi

HARI ini (13 Mac) setakat tengah hari, tidak ada catatan terbaharu di Facebook Anis Nur Ezzati yang saban hari menanti berita tentang suaminya, Konstabel Iskandar Ibrahim yang masih hilang dalam insiden bot karam di Batang Baleh, Kapit.

Tetapi hari-hari sebelum ini, Anis menulis, “Hari ke-6 , saya masih setia tunggu awok b (suami)”.

Dua hari lepas ini kata-kata yang dia menulis, “Takde rezeki lagi nak jumpa awak hari ni tapi takpe sayang akan tunggu b okay Iskandar Zulkarnain.”

Setiap hantaran di media sosialnya mendapat perhatian netizen yang berkongsi kesedihan dan mendoakan agar suaminya ditemukan.

Iskandar merupakan anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit. Seorang lagi anggota polis bersamanya dalam bot malang itu ialah Sarjan Jonathan Lambet.

Dalam kejadian itu, bot dinaiki lima mangsa karam di Batang Baleh berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh.

Dua anggota polis ditugaskan mengiringi bahan letupan dan peledak untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh pada 7 Mac lalu.

Pada hari kejadian, seorang mangsa diselamatkan orang awam yang berdekatan dengan lokasi kejadian.

Tiga mayat mangsa yang terkorban telah dijumpai beberapa hari lepas. Pada 9 Mac, mayat Amerson John Nain ditemui terapung di Sungai Batang Lebaan, Sibu.

Mayat pertama, Jack Balan ditemui terapung oleh anggota polis di perairan berdekatan Pulau Kerto, Sibu kira-kira 100 kilometer dari lokasi.

Mayat kedua pula, Sarjan Jonathan Lambet kemudiannya ditemui terapung oleh anggota bomba di kedudukan kira-kira lima kilometer dari lokasi bot karam di Sungai Batang Baleh pada hari sama.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat Iskandar diteruskan hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan