Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pesakit Covid19 larikan diri, ditemui semula bersama kekasih

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, JULAI 7: Wanita positif Covid19 yang dilaporkan melarikan diri dari sebuah pusat kuarantin telah ditemui semula, ditemani kekasihnya.

Bertindak atas maklumat awam, pihak polis telah menahan wanita terbabit bersama teman lelakinya di tepi jalan berhampiran bangunan Kastam, Jalan Field Force, Petra Jaya, di sini pada Rabu.

Wanita tersebut telah dilaporkan melarikan diri dari Pusat Kuarantin KSKB, Jalan Puncak Borneo semalam.

Timbalan Ketua Polis Padawan DSP Lim Jaw Shyon berkata suspek mengaku melarikan diri kerana mengalami tekanan emosi berada seorang diri di Pusat Kuarantin.

” Setelah melarikan diri dari pusat kuarantin, suspek telah menghubungi teman lelakinya untuk menemani suspek.

“Teman lelaki suspek turut bersama dengan suspek di lokasi tangkapan,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, setelah tangkapan dilakukan, suspek diserahkan kepada petugas penyelia Pusat Kuarantin Covid 19 di Pusat Kuarantin KSKB, jalan Puncak Borneo.

Selain itu, teman lelaki suspek juga turut diserahkan ke pusat kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada suspek.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat kanun keseksaan seksyen 22b Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan