Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teknologi bukan suatu ancaman atau elemen berisiko yang memusnahkan dan ia memerlukan komitmen bersama untuk memastikan penggunaannya membawa kebaikan. Foto, Envato.

Parlimen: Malaysia guna teknologi blockchain sahkan daging import halal

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Malaysia sedang melaksanakan dua projek rintis menggunakan teknologi blockchain, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, teknologi yang sedang diuji itu membabitkan sistem Authorized Economic Operator atau AEO berasaskan blockchain oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, teknologi berkenaan juga digunakan bagi sistem pengesahan daging import halal yang dikendalikan oleh MOSTI dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan MOSTI.

“Berkaitan dengan saranan Yang Berhormat Betong dalam pengaplikasian teknologi blockchain untuk memudahkan pengesanan dan memastikan ketelusan dalam rantaian bekalan makanan, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menggunakan teknologi blockchain dalam pengurusan vaksin COVID-19 semasa pandemik pada 2021.

“Teknologi blockchain ini digunakan untuk fungsi track and trace vaksin dari pintu masuk negara sehingga ke penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya.

Lih Kang berkata demikian ketika Ucapan Penggulungan Menteri di Parlimen hari ini.

Beliau menambah, kedua-dua sistem berkenaan masih berada di bawah fasa pembangunan dan dijangka siap pada suku pertama 2025 untuk AEO manakala sistem pengesahan daging import halal pada suku kedua 2025.

Sementara itu beliau memaklumkan, MOSTI akan melancarkan kod etika Artificial Intelligent Governance and Etique (AIGE) pada suku kedua tahun ini.

Jelas beliau, AIGE berkenaan akan melengkapi usaha pengukuhan tata kelola perundangan dan etika untuk mengawal selia AI.

“Berkenaan perkara ini, pembangunan bakat AI juga turut diberi penekanan penting melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan pemain industri dalam negara.

“MOSTI telah merangka beberapa pelan hala tuju bagi pembangunan teknologi terutama bidang-bidang teknologi baharu muncul seperti teknologi AI dan blockchain sehingga tahun 2025,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan