Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warganegara Indonesia yang merupakan suspek kes bunuh rakan senegara di sebuah ladang di Pantu berjaya ditangkap tengah hari ini.

Polis tahan lelaki bergelar ‘Datuk’ untuk bantu siasatan kes ugut

ByBernama

PASIR MAS, 11 Mac: Polis menahan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ hari ini, yang merupakan salah seorang daripada empat yang dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki bergelar Datuk yang berumur 56 tahun itu ditahan di simpang empat Binjai di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi ketika sedang memandu kenderaan secara bersendirian, dan dia kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Kota Bharu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Go To Safety Point di perkarangan stesen Petronas Chetok, di sini.

Beliau berkata, lelaki itu yang juga presiden sebuah kelab tinju profesional negeri turut disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan