Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak bekerjasama untuk membuka kawasan penanaman padi baharu seluas 25,000 hektar, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Kawasan penanaman padi baharu seluas 25,000 hektar dibuka di Sarawak

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak bekerjasama untuk membuka kawasan penanaman padi baharu seluas 25,000 hektar, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rundingan di peringkat kumpulan kerja ketika masih diteruskan untuk menjayakan perancangan berkenaan.

“(Pada masa sama, kementerian) juga akan membuka kawasan baharu seluas 25,000 hektar di Sabah,” katanya ketika Penggulungan Menteri pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, pandangan serta saranan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membangunkan aktiviti penanaman padi berskala besar mampu menjadikan wilayah itu sebagai pengeksport beras menjelang 2030.

Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan melalui kementeriannya memberi sokongan penuh bagi memastikan Sarawak berada pada landasan yang baik dalam mencapai matlamat tersebut.

“Pada tahun ini, kementerian telah memperkenalkan gelombang padi sebagai satu pelan komprehensif yang merangkumi 12 inisiatif berfokus.

“Pertama, memperkenalkan dasar baharu insentif benih padi sah yang meliputi perluasan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mohamad menambah, inisiatif lain juga akan dilaksanakan bagi memastikan keterjaminan makanan negara termasuk dengan memulih dan membangunkan kawasan tanah jerlus, memperkasa input pertanian melalui projek rintis pembekalan baja di empat negeri iaitu Perak, Perlis, Terengganu dan Selangor.

“Selain itu, (kerajaan juga akan) mewujudkan stockpile baja negara termasuk di Sabah dan Sarawak, memperkasa pengurusan air di kawasan tanaman padi dan memperluaskan program Smart Sawah Berskala Besar yang dipanggil ala Sekinchan di seluruh kawasan jelapang padi di Pahang, Kelantan, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan