Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM140.85 juta untuk melaksanakan projek baharu dan sambungan bekalan air di seluruh Sarawak. Foto, Bernama.

Parlimen: RM140.85 juta laksana projek sambungan bekalan air di Sarawak

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM140.85 juta untuk melaksanakan projek baharu dan sambungan bekalan air di seluruh Sarawak, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan juga terus komited untuk membantu Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak melalui pembiayaan projek-projek sumber dan bekalan air di bawah rolling plan keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Jemaah Menteri pada 27 Disember 2023 bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.

“Kerajaan Sabah juga telah mendapat peruntukan sebanyak RM163.5 juta di bawah rolling plan keempat RMK12 bagi projek-projek sambungan bagi penyelesaian jangka panjang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Menteri pada sidang Parlimen hari ini.

Selain itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkan, Kerajaan Sabah boleh memohon peruntukan di bawah rolling plan akan datang berdasarkan rancangan projek dan keperluan bagi menyelesaikan isu bekalan air di wilayah berkenaan.

Terdahulu, Fadillah menjelaskan antara isu yang diberi perhatian oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi (PETRA) seperti banjir dan saliran, bekalan air dan pembentungan, bekalan elektrik, tenaga lestari serta hal ehwal Sabah dan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan