Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Sunway Pyramid Convention Centre malam tadi. Foto Nancy Shukri (FB).

Gandakan inisiatif pemerkasaan wanita, elak tercicir hadapi cabaran ekonomi dan sosial

ByBernama

PETALING JAYA, 9 Mac: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mahu inisiatif pemerkasaan wanita terus digandakan, supaya mereka tidak tercicir dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial.

Beliau berkata ramai daripada wanita berhadapan dilema, sama ada untuk meneruskan kerjaya atau berkorban dengan meninggalkan bidang pekerjaan, demi memikul tanggungjawab untuk berbakti kepada keluarga.

“Walaupun wanita mendominasi lelaki di universiti, tetapi hanya 56.2 peratus daripada populasi wanita bekerja, berbanding 81.9 peratus lelaki.

“Wanita dalam lingkungan umur 30 hingga 39 tahun lebih cenderung meninggalkan kerjaya mereka secara tetap kerana komitmen keluarga,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini pada Jumaat.

Turut hadir pada majlis sambutan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri.

Nancy berkata wanita berumur 60 tahun, merupakan majoriti penerima bantuan kewangan oleh kerajaan kerana tidak mempunyai jaringan keselamatan ekonomi.

Selain itu, beliau berkata Bank Dunia pada minggu ini melaporkan bahawa, sekiranya semua halangan ekonomi bagi wanita dimansuhkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dapat meningkat sebanyak 20 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan