Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gerakan mencari dan menyelamat empat mangsa yang masih hilang dalam insiden bot karam di Sungai Batang Baleh dekat Kapit diteruskan pagi ini. Gambar menunjukkan usaha awal mencari dan menyelamat pada petang semalam. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Dua anggota polis antara empat mangsa hilang insiden bot karam di Kapit

KAPIT, 8 Mac: Dua anggota polis merupakan antara empat mangsa yang masih hilang dalam insiden bot karam di Batang Baleh, berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kuching ke Ng Tulie, Kapit dengan mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram dan peledak – 1050rds.

Beliau berkata dua anggota polis yang masih hilang itu ialah Sarjan Jonathan Lambet dari cawangan Kebajikan dan Konstabel Iskandar Ibrahim dari cawangan Persenjataan di IPD Kapit.

Rohana berkata dalam kejadian sekitar 5 petang semalam, dua anggota polis bersama tiga lagi penumpang menaiki bot dari jeti SK Lepong Baleh ke Ng Tulie untuk menghantar bahan letupan berkenaan.

“Semasa sampai di tempat kejadian, bot  tersebut membelok ke kiri sedikit menuju ke hulu sungai dan telah menempuh air yang berpusar, menyebabkan bot dinaiki terbalik dan karam ke dalam sungai.

“Seorang mangsa sempat diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi belum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, setakat ini keempat-empat mangsa belum ditemukan dan pencarian disambung pagi ini.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata mangsa yang berjaya diselamatkan orang awam dikenali sebagai Moses Ngui, 47, manakala dua orang awam yang hilang dikenal pasti sebagai  Amerson John Nain dan Jack Balan.

Ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp malam ini, beliau berkata panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 5.25 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, telah tiba di lokasi yang terletak sejauh 13 kilometer itu pada jam 5.45 petang.

“Menurut saksi yang melihatkan kejadian tersebut, ia berlaku sekitar jam 5.00 petang di mana seramai lima penumpang menaiki bot fiber (dilengkapi enjin sangkut) 30 kuasa kuda, semasa kejadian berlaku,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba telah membuat penilaian awal kawasan lokasi, serta mendapatkan maklumat daripada mangsa yang terselamat dan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Pasukan bomba membuat pencarian di permukaan air dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat. Oleh kerana arus kuat dan keadaan beransur gelap, operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan akan disambung pada esok hari,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan