Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak turut disaran menekankan tuntutan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diserahkan kembali kepada Sarawak sebelum akhir tahun ini. Foto hiasan Envato

Akta Laut Wilayah 2012 harus dikembalikan kepada Sarawak sebelum akhir 2024

ByOdleen Catherny

KUCHING, 7 Mac: Tuntutan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara perkara yang harus diserahkan kembali kepada Sarawak sebelum akhir tahun ini.

Pengamal undang-undang, Shankar Ram menegaskan pengembalian hak tersebut wajar disegerakan tanpa berlengah lagi.

“Kini salah satu hak yang paling penting juga dan mesti diusahakan untuk dicapai adalah Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] dan itu adalah sesuatu yang kita tahu telah terhakis selama bertahun-tahun.

Jadi, sekarang ia sepatutnya diberikan kembali kepada Sarawak tanpa berlengah-lengah. Semua perkara ini mesti diselesaikan dalam tempoh masa yang munasabah iaitu sebelum akhir tahun,” katanya ketika dihubungi TVS, pada Khamis.

@tvsarawak

Tuntutan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara perkara yang harus diserahkan kembali kepada Sarawak sebelum akhir tahun ini. 📹 TVS 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Dalam pada itu, Shankar mengakui sembilan tuntutan asas MA63 yang telah selesai seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof disambut baik rakyat Sarawak.

Shankar menzahirkan ucapan tahniah kepada dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama rakan kabinetnya yang telah berusaha berjuang dalam pengembalian hak-hak MA63 kepada Sarawak dan Sabah.

“Sembilan tuntutan yang telah selesai sepenuhnya itu penting untuk rakyat kedua-dua negeri terutama apabila Sarawak dan Sabah telah menyumbang banyak sumber kekayaan Malaysia,” ujarnya.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya.

Beliau berkata antara perkara yang telah selesai sepenuhnya melibatkan penyerahan semula kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada kerajaan Sabah; Pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan serta pemberian kuasa mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada kerajaan Sabah dan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan