Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melakukan lawatan kerja ke Kota 2 Mini Hydro, di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Sarawak jana tenaga 10 gigawatt menjelang 2030 – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

LAWAS, 7 Mac: Sarawak menyasarkan penjanaan tenaga sebanyak 10 gigawatt (GW) menerusi loji hidroelektriknya menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penjanaan itu melibatkan tiga sumber tenaga iaitu hidroeletrik, solar dan turbin gas.

“Saya telah mengarahkan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk menjana 10 gigawatt pada 2030. Melihat kepada hala tuju SEB yang diketuai oleh Datu Sharbini Suhaili, saya merasakan ia boleh dicapai, beliau pun yakin.

“Sasaran ini bukan sahaja melibatkan hidroelektrik, tetapi juga solar dan turbin gas,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Kota 2 Mini Hydro, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datu Sharbini Suhaili.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak juga merancang untuk membina loji biojisim pada 2030 dengan ia akan mempunyai keupayaan menjana sekitar 1 hingga 1.5 gigawatt.

Menurut Abang Johari, langkah itu diambil pihaknya bagi membolehkan negeri ini menarik pelaburan daripada negara Kesatuan Eropah (EU) yang menawarkan jumlah dana yang besar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau.

“Saya mempunyai 19 duta dari EU, mereka akan menubuhkan bank pelaburan Eropah bagi membiayai tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau. Mereka tahu lokasi Sarawak adalah strategik.

“Mereka menawarkan 10 bilion Euro untuk negara Asia, kalaulah kita (Sarawak) boleh dapatkan pelaburan 1 bilion Euro ke negeri ini.

“Sarawak menerima sokongan EU dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara EU turut menyokong usaha kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan