Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebelum Singapura, Taylor Swift turut mengadakan konsert di Sydney, Australia. Foto, AFP.

Parlimen: Malaysia tidak pernah ditawarkan anjur konsert Taylor Swift

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Malaysia tidak pernah mendapat hak penganjuran konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Taylor Swift, jelas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu daripada firma penasihat sukan yang berpengkalan di Malaysia, Sportswork Group Sdn Bhd.

Kata beliau, isu yang dibangkitkan dalam media baru – baru ini mendakwa Malaysia terlepas peluang sebenarnya tidak begitu tepat.

“Konsert yang dipertikai melibatkan Taylor Swift ini tidak pernah ditawarkan kepada Malaysia di bawah kontrak bersama ASM Global dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM),” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Chong Zhemin (Pakatan Harapan – Kampar) sama ada benarkah Malaysia tidak cukup agresif untuk menganjurkan konsert penyanyi antarabangsa itu sehingga mengalami kerugian ekonomi.

Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, konsert jelajah selebriti berkenaan diumumkan secara rasmi pada November 2022 dan Sportswork Group Sdn Bhd percaya industri hiburan sedia maklum yang semua persembahan telah dirancang lebih awal.

“Kontrak yang ditandatangani (pula) pada awal 2023 bertujuan untuk pengurusan venue dan sedang dilaksanakan,” katanya.

Adam Adli turut menjelaskan penganjuran konsert bukan tugas KBS kerana pihaknya hanya bertanggungjawab menyediakan venue dan perkara logistik.

Isu itu tercetus selepas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap Malaysia terlepas peluang apabila gagal memanfaatkan ruang yang ada bagi membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.

Terdahulu, Adam Adli turut memaklumkan Malaysia juga tidak merancang untuk membida penganjuran Piala Thomas 2026.

Kata beliau, keputusan itu sejajar dengan pendirian Persatuan Badmintan Malaysia (BAM) ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan