Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guru ditahan miliki dadah

ByKhairil Zharif Affindie

SIBU, JULAI 7: Seorang guru sekolah rendah di sini telah ditahan polis ekoran menyalahgunakan dan memiliki dadah.

Guru yang berusia 45 tahun itu telah ditangkap di kuarters sebuah sekolah di sini oleh sepasukan polis dari pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata guru tersebut telah menyerahkan satu beg plastik berwarna hijau ketika pemeriksaan dijalankan pasukan dari x

“Suspek menyerahkan satu beg plastik berwarna hijau mengandungi dadah jenis metamfetamin seberat 5.17 gram dianggarkan bernilai RM517.00,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stanley berkata, suspek mengaku dadah tersebut adalah miliknya dan mendapat bekalan dadah itu daripada seorang wanita.

“Hasil siasatan awal mendapati, guru terbabit mendapatkan bekalan dadah berkenaan daripada seorang perempuan yang dihubungi melalui panggilan telefon sebelum melakukan pindahan wang ke akaun bank.

“Suspek akan mengambil dadah dibelinya itu di sekitar Sibu selepas membuat transaksi,” tambahnya.

Suspek yang berasal dari Mukah itu dijangka dihadapkan ke mahkamah esok untuk perintah tahanan reman.

“Dadah tersebut telah dirampas dan dijadikan sebagai barang kes,” tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan