Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 22 Mei -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perkembangan terkini Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat keatas sektor ekonomi dan sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 22 -- Health Director-General Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah during a press conference held together with Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob regarding updates on the Movement Control Order (MCO) 3.0 implementation currently in effect with additions being made to further restrict the economic and social sectors at the Perdana Putra building today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Peranti ujian kendiri air liur saringan Covid-19 capai sensitiviti 90 peratus – KP Kesihatan

ByTVS

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) — Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan COVID-19, mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata kajian yang dijalankan IMR telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.

“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Pada Mei lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

Katanya, menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan COVID-19.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan