Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto, Bernama.

Parlimen: Tambahan RM100 juta untuk penyelesaian jangka pendek masalah air di Sabah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, Kementerian Ekonomi telah meluluskan permintaan kos tambahan RM100 juta untuk penyelesaian jangka pendek isu air di Sabah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini susulan permohonan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi melakukan penyelarasan semula kos perlaksanaan empat projek baharu di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri pada 27 September 2023, sebanyak RM300 juta diluluskan secara pinjaman untuk selesaikan isu bekalan air di Sabah.

“Empat projek baharu diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat RMK12, berjumlah RM200 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Sabah, kementerian telah memohon penyelarasan semula kos kepada tambahan RM100 juta, sukacita kelulusan telah diperolehi dan akan dipastikan projek dipantau secara berskala termasuk mesyuarat di tapak oleh agensi bertanggungjawab,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Fadillah menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Barisan Nasional – Kinabatangan) yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah dalam penyelesaian jangka pendek masalah air serta apakah jangkaan bantuan jangka panjang mengatasi masalah bekalan air di wilayah itu.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, Kerajaan Persekutuan turut membantu termasuk melibatkan sumber air.

“Sekarang kita bantu secara pinjaman, geran untuk ganti paip cuma cabaran di Sabah ialah air tidak terhasil (NRW) kebocoran paip lebih 50 peratus dan kecurian air,” katanya.

Sehubungan itu Fadilah meminta Kerajaan Sabah supaya mengambil tindakan khusus untuk bendung masalah kecurian air. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan