Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Sakura Ferroalloy di Bintulu. Foto Salasiah Safian (TVS).

Taman Perindustrian Samalaju berjaya tarik pelaburan RM111.73 bilion sejak dibuka – Abang Johari

BySalasiah Safian

BINTULU, 6 Mac: Taman Perindustrian Samalaju (SIP) berjaya menarik pelaburan berjumlah RM111.73 bilion sejak ia dibuka dengan keupayaan kira-kira 10,000 orang pekerja.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis kawasan SIP amat berpotensi berkembang dengan terdapat beberapa syarikat lagi berminat untuk melabur di sini.

“Dan potensi itu ada dan kita mempunyai senarai syarikat yang akan melabur di kawasan itu, kira-kira RM15.66 bilion dalam pelbagai peringkat pembinaan termasuk yang kini sedang disiapkan dan dilaksanakan,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Sakura Ferroalloy, di sini pada Selasa.

Tambah Abang Johari, terdapat beberapa lagi projek lain yang dibangunkan di Samalaju meliputi salah satu daripadanya ialah Projek Paip Gas Bintulu-Samalaju sepanjang 70 kilometer.

Beliau mendedahkan projek tersebut dijadualkan siap pada penghujung tahun 2025.

“Operasi projek ini akan meningkatkan pengagihan bekalan gas untuk kegunaan di Taman Perindustrian Samalaju termasuk turbin gas kitaran gabungan yang kini dalam pembinaan.

“Dalam erti kata lain, kami sedang menaik taraf bekalan gas serta kuasa ke Taman Perindustrian Samalaju,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Johari berkongsi berkaitan pemilihan nama Samalaju, beliau berkata ia dipilih bagi memastikan semua pihak bekerjasama untuk mencapai kejayaan.

Sarawak menerapkan konsep tersebut di dalam pelaburan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan