Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis melakukan simbolik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Konkrit Menyeberangi Sungai Undop Di Kampung Beleti, Sabu, Sri Aman pada Selasa. Foto TVS.

Jambatan penghubung ke Kampung Beleti Sri Aman siap Januari 2025

SRI AMAN, 5 Mac: Kerja pembinaan Jambatan Penghubung jalan di Kampung Beleti, Sabu, Sri Aman dijangka siap pada 11 Januari 2025.

Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, kontraktor pelaksana bagi projek berkenaan telah pun dipilih manakala kerja-kerja pembersihan telah dimulakan pada 12 Januari lalu.

Menurutnya projek tersebut telah diluluskan melalui peruntukan bernilai RM4.2 Juta oleh Sri Aman Development Agency (SADA).

“Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih sebab kita telah dapat peruntukan dari Sada melalui rekomendasi oleh tuan Residen.

“Terima kasih kepada Sada kerana meluluskan peruntukan untuk kita menjalankan pembinaan jambatan ini di Sungai Undop menuju ke kampung Beleti,” katanya.

Beliau berkata demikianpada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Konkrit Menyeberangi Sungai Undop Di Kampung Beleti, Sabu, Sri Aman pada Selasa.

Tambahnya dengan siapnya projek itu nanti akan memudahkan perjalanan penduduk kampung Beleti ke rumah mereka dengan menggunakan kenderaan sendiri tanpa perlu meninggalkan ia di seberang sungai Undop.

Untuk rekod jambatan yang dibina adalah sepanjang 70 meter (m) dengan kelebaran 4m menyediakan satu lorong bagi lalu lintas kenderaan.

Daripada peruntukan RM4.2 Juta tersebut belum termasuk dengan kos untuk membayar pampasan tanah yang digunakan bagi membina akses jalan ke Kampung Beleti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan