Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tirai besi menanti penuntut bungkusan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 6 JULAI: Seorang lelaki bakal meringkuk dalam penjara selepas menuntut sebuah bungkusan di Terminal Bas Kuching Sentral, dipercayai kiriman individu dari daerah lain menggunakan perkhidmatan kargo bas.

Lelaki berusia lingkungan 30an itu ditahan bagi membantu siasatan selepas menuntut sebuah bungkusan yang dipercayai berisi dadah.

Lelaki warga tempatan itu ditahan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Terminal Bas Kuching Sentral sekitar jam 6 petang pada Isnin.

Pengarah JKDM Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata dalam satu kenyataan, semakan awal mendapati bungkusan tersebut dikirim oleh individu dari Miri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan tersebut menemukan 48 bungkusan yang mengandungi serbuk dipercayai dadah jenis ekstasi-MDMA yang telah dicampur dengan serbuk jus,” kata Herman.

Selepas ditimbang, berat kasar serbuk berkenaan adalah lebih kurang 2.3 kilogram dianggarkan bernilai RM140,580.

Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM889 dan sebuah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM25,000.

“Jumlah keseluruhan rampasan adalah dianggarkan RM166,479,” dedahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan mengedar dadah dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan