Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dan bapa mentuanya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke laut dekat kolam ikan di Batu 7, Kampung Payang, dekat Lahad Datu, malam tadi. Foto Balai Bomba & Penyelamat Lahad Datu (FB)

Lelaki, bapa mentua maut kereta terjunam ke laut

ByBernama

LAHAD DATU, 3 Mac: Seorang lelaki dan bapa mentuanya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke laut dekat kolam ikan di Batu 7, Kampung Payang, dekat sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Jimmy Panyau berkata kejadian itu berlaku pada jam 10 malam melibatkan pemandu berusia 26 tahun serta bapa mentuanya berusia 66 tahun yang duduk di bahagian belakang penumpang dan sebelum itu kedua-duanya bertengkar mulut.

“Menurut saksi, lelaki berusia 26 tahun bertengkar dan telah ditenangkan oleh saksi sendiri, sebelum itu saksi telah menyuruh lelaki itu menghantar bapa mertuanya balik ke rumah dan kembali semula ke lokasi untuk mengambil ahli keluarga yang lain.

Pemandu dikenali Edwin dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou.

“Difahamkan mereka sebelum itu ke lokasi untuk aktiviti riadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jimmy berkata berdasarkan keterangan saksi, kenderaan itu dipandu secara meluru oleh mangsa sebelum terjunam ke dalam laut.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba Lahad Datu bersama orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Siasatan kes diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mana-mana individu yang melihat kejadian ini, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam satu kenyataan, berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam dari syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd.

Katanya, selaman pertama berjaya menarik seorang mangsa keluar dari kereta dan dibawa naik pada jam 12.06 tengah malam dan tindakan seterusnya mengikat tali pada kereta mangsa untuk ditarik menggunakan sistem takal ke kawasan yang lebih cetek bagi mencari mangsa yang kedua.

Menurutnya, selaman kedua oleh pasukan bomba berjaya menemukan mangsa kedua pada jam 1.31 pagi hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan