LUNDU, Julai 6: Seramai 76 peratus penduduk di Daerah Lundu sudahpun mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin covid-19 dan seramai 35 peratus lagi telah lengkap divaksinasi dos kedua.
Jumlah ini menjadikan daerah lundu adalah antara daerah yang terpantas dalam program vaksinasi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu yakin bahawa daerah itu dapat mencapai sasaran iaitu untuk memberi suntikan vaksin sepenuhnya menjelang Ogos.
“Di daerah Lundu, sebanyak 18,851 orang telah divaksin untuk dos pertama. termasuk N1 dan N3. Jadi, harapanjuga supaya 15 ogos ini kita dapat vaksinasi sepenuhnya kalau tidak pun 95 peratus dari penduduk di Lundu.” katanya ketika meninjau keadaan di PPV Dewan Masyarakat Lundu hari ini.
“Pihak kita juga telah mengadakan PPV Outreach program di Sematan, dimana sebanyak 1000 orang telah divaksinasi. Di Kampung Teluk Melano dan Teluk Serabang telah merekodkan sebanyak 100 peratus telah divaksinasi.” tambahnya.
Semasa lawatan tersebut, beliau bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menyerahkan sumbangan berupa keperluan asas kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di PPV Lundu.
Turut hadir dalam lawatan tersebut Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian Dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Ik Pahon Joy.