LUNDU, JULAI 6 : Sokongan kuat dari kerajaan negeri menjadi faktor kejayaan dan kelancaran program vaksinasi di Sarawak.
Demikian menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana melancarkan program vaksinasi ini. Respon mereka sangat memberansangkan di semua tempat. Di Sarawak, program vaksinasi berjalan lancar kerana adanya sokongan penuh dari Ketua Menteri untuk terutama dari segi sumber,” katanya pada sidang media hari ini.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri J-P-B-N Sarawak menambah kejayaan tersebut turut didorong bekalan vaksin yang diperoleh dari kerajaan pusat.
“Kita telah menambahbekalan vaksin dan dijangka tiba dalam tempoh dua minggu yang akan datang ini. CITF berjanji akan menghantar bekalan vaksin . Dalam pada masa yang sama juga, kami telah memohon vaksin CanSino dimana ianya juga dijangka tiba penghujung Julai ini.” ujarnya.
Dalam pada itu, Uggah memaklumkan Sarawak mensasarkan 430 000 bekalan vaksin setiap minggu.
Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat pemberian vaksin di Dewan Masyarakat Lundu pada selasa.
Untuk rekod, Sarawak pada Isnin telah berjaya menyuntik 56,068 sekaligus menjadikan keseluruhan dos suntikan meningkat kepada 1,552 944 dos dimana 1,226 659 adalah dos pertama manakala 326 285 adalah dos kedua.
Jumlah pusat pemberian vaksin PPV di Sarawak kini pula adalah sebanyak 313 termasuk PPV awam, PPV swasta, klinik kesihatan , mobile team dan hospital kerajaanKU