Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Wira, Kuching pada Sabtu. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat (FB)

Banjir: 14 pusat pemindahan sementara dibuka di selatan Sarawak

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mac: Jumlah mangsa banjir di Sarawak kian meningkat dengan 1,479 mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 pagi ini.

Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kawasan yang terjejas ialah daerah Kuching, Bau, Lundu, Siburan dan Balai Ringin.

Enam PPS dibuka di daerah Kuching, tiga di Siburan, masing-masing dua Bau dan Balai Ringin manakala satu di Lundu.

Antara PPS paling ramai mangsa ialah Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, mencatatkan 295 mangsa, SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (286) dan Dewan Masyarakat Stapok (238). Ketiga-tiga PPS itu terletak di daerah Kuching.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan