Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin bercakap pda sidang media selepas majlis penamaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV1) yang dimiliki oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Foto Chin Kah Joo (TVS)

OPV2 dan OPV3 dijangka siap pada 2025 – Saifuddin

KUCHING, 2 Mac: Proses pembinan dua lagi Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) sedang giat dilaksanakan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, kerja pembinaan OPV2 dan OPV3 yang dijangkakan memakan masa sekitar satu tahun enam bulan itu kini telah mencapai sekitar 20 hingga 25 peratus siap.

Isteri PM namakan OPV1, KM Tun Fatimah

“Tentunya kita nak tengok OPV2 dan OPV3 disiapkan dalam masa terdekat, Ketua Setiausaha akan mengemukakan langkah-langkah yang akan kita laksanakan untuk memastikan pembinaan itu dapat disiapkan seterusnya menambah asset untuk APMM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penamaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama yang dimiliki oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, tegas Saifuddin kerajaan berharap dapat meningkat kelengkapan asset APMM di setiap pelosok kawasan perairan negara.

“Jika tidak, pemilihan kawasan operesi untuk aset (OPV2 dan OPV3) ditempatkan akan bergantung kepada perancangan strategi operasi yang disusun oleh APMM,” ujarnya.

Terdahulu, Saifuddin memberitahu Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah merupakan OPV1, pertama yang siap daripada tiga buah keseluruhannya serta telah diserahkan kepada APMM pada penghujung 2023 untuk ditempatkan di Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan