Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon. Foto fail Bernama

Pan Gon panggil 33 pemain ke kem latihan Harimau Malaya

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyenaraikan 33 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 8 Mac ini, sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Omar pada 21 Mac.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 21 daripada 26 pemain yang beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas dikekalkan.

Sementara 12 muka baharu dipanggil kali ini turut membariskan pemain dari skuad bawah 23 tahun (B-23) antaranya Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Haqimi Azim Rosli, Nooa Laine dan Ahmad Zikri Khalili.

Sebahagian daripada 33 pemain terbabit akan melapor diri pada 15 Mac dan sejurus selepas kehadiran mereka itu, beberapa pemain B-23 akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido.

Menurut Pan Gon, persediaan awal perlu dibuat bagi menghadapi dua perlawanan penting menentang Oman meskipun menyedari pasukan kelab sedang sibuk menjalani latihan pramusim Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula 10 hingga 12 Mei ini.

“Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, Kalendar Perlawanan Antarabangsa pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac 2024.

“Selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac kerana saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan bersama kelab, berbanding pemain-pemain lain yang telah lebih awal turun berlatih bersama kelab masing-masing,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Oman dalam perlawanan ketiga Kumpulan D pada 21 Mac di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat sebelum melayan kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac.

Berikut senarai 33 pemain dipanggil Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat ini:

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan