Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis Perasmian Masjid Baharu Sibu Jaya, hari ini. Foto Ahmad Azlan Shah (TVS)

Masjid Al-Madinah Al-Husna di Sibu Jaya, tapak komuniti setempat – Abang Johari

ByAhmad Azlan Shah

SIBU, 1 Mac: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan masjid baharu di Sibu Jaya sebagai tapak pusat komuniti setempat di sini.

Masjid yang dinamakan beliau, Masjid Al-Madinah Al-Husna itu juga dibangunkan bagi meraikan penduduk yang bakal mengimarahkan rumah ibadat tersebut.

Masjid Al-Madinah Al-Husna, tapak komuniti setempat | TVS

“Masjid Al-Madinah Al-Husna ini, kita akan jadikan sebagai tapak pusat komuniti kawasan ini.

“Sepertimana Rasulullah S.A.W. lakukan ketika berhijrah ke Madinah, masjid ini juga akan menjadi tempat penghijrahan bagi kawasan Sibu Jaya yang membangun ini,” katanya ketika menyempurnakan perasmian masjid berkenaan di sini, pada Jumaat.

Abang Johari dalam pada itu mendedahkan projek pembangunan akan datang di sini adalah menaik taraf jalan raya ke Lanang, iaitu  Sibu Jaya akan menjadi titik perhubungan untuk infrastruktur itu.

“Daripada Sibu Jaya, ke Lanang, dan sambung terus Tanjung Manis.

“Insya-Allah, kita akan membina lagi masjid di Lanang,” ujar beliau.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Datu Ustaz Khalidi Ibrahim dan Residen Bahagian Sibu, Datu Wong Hee Sieng.

Pembangunan masjid tersebut bermula pada 7 Ogos 2019 dan siap pada 5 Oktober 2023 dijangka boleh menampung kira-kira 3,210 jemaah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan