Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-91 kepada seluruh warga Tentera Darat (TDM) dan veteran. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-91

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-91 kepada seluruh warga Tentera Darat (TDM) dan veteran.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada anggota Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara serta pengorbanan tanpa mengira masa dalam menjaga keselamatan rakyat.

Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota TDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Jasa dan pengorbanan mereka semua tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit,” titah Sultan Ibrahim.

Hari Tentera Darat disambut pada setiap 1 Mac bagi mengukuhkan kesatuan warganya serta mengeratkan hubungan TDM dengan masyarakat, selain mengenang kembali pengorbanan warga TDM terdahulu yang berjuang demi mengekalkan kedaulatan tanah air.

Sempena Hari Angkatan Tentera Darat ke-91 ini, pelbagai program bersama masyarakat di Dataran Segamat, Johor diadakan sejak semalam hingga hari ini, antaranya persembahan Tatu TDM, Pameran Kerjaya dan Aset TDM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan