Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan seramai 6,394 guru memilih untuk bersara pada tahun lepas. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: 6,394 guru bersara tahun lepas

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Dewan Rakyat dimaklumkan seramai 6,394 guru memilih untuk bersara pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu mewakili 1.49 peratus daripada jumlah pengisian guru.

Kata beliau, statistik berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding 5,306 orang guru yang bersara pada tahun sebelumnya.

“Menerusi Kajian Tinjauan Faktor-Faktor Persaraan Awal Guru dan Kaitannya dengan Pembangunan Profesionalisme Keguruan 2022, guru memilih untuk bersara awal disebabkan kewangan yang stabil, faedah persaraan, masalah kesihatan dan perubahan pelaksanaan dasar dan pendigitalan pendidikan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Perikatan Nasional – Kuala Krai) sama ada terdapat peningkatan jumlah guru yang bersara awal dan faktor menyebabkan peningkatan jumlah itu serta penyelesaian holistik kerajaan dalam menangani isu terbabit.

Sementara itu, Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan  (KPM) telah mengambil pendekatan holistik pada 2023 untuk memastikan guru kekal bermotivasi menerusi Tujuh Teras Utama Nadi Keunggulan KPM.

“Inisiatif yang dilaksanakan adalah Tujuh Langkah Segera Ke Arah Kesejahteraan Guru, peluang pelantikan pengetua secara pemangkuan dalam kalangan pegawai perkhidmatan pendidikan muda tanpa memenuhi isyarat dan khidmat kepakaran klinikal kaunseling kepada guru yang tidak berjaya dalam permohonan pertukaran,” jelasnya.

Tambahnya, KPM juga telah mengumumkan 10 perkara bagi menjaga kebajikan guru.

“Antaranya, memperkasakan pengurusan pengambilan guru agar kekosongan di sekolah dapat dipenuhi dengan segera dan langkah ini memberikan semangat baharu kepada guru-guru,” tambah Wong.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan