Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom semasa sidang media sempena kunjungan hormat daripada Dato Dr Abdul Manaf Metussin. Foto TVS

Sarawak hanya import daging dari negara bebas FMD

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Feb: Sarawak tidak berkompromi dalam memastikan daging lembu dan kambing diimport dari negara yang bebas Penyakit Kuku dan Mulut (FMD).

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ini adalah untuk memastikan lembu dan kambing diternak di negeri ini kekal bebas penyakit itu.

“Sarawak merupakan kawasan bebas FMD. Ia tidak mudah untuk mencapai status pada skala 10,” katanya semasa sidang media sempena kunjungan hormat daripada Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Brunei Dato Dr Abdul Manaf Metussin di sini, hari ini.

FMD adalah jangkitan viral akut yang mudah menular dan menjangkiti haiwan ternakan dan liar, termasuk lembu, kerbau, rusa domestik, kambing dan biri-biri.

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan lawatan ke beberapa negara untuk memastikan negara-negara pengeksport daging bebas dari FMD agar tidak berjangkit dengan ternakan di Sarawak.

Kementeriannya mahu mengelakkan kebergantungan import daging dari sebuah negara sahaja.

“Buat masa ini, kami merancang untuk pergi ke Brazil. Kabinet pun telah bersetuju dan pada 6 Mac, saya akan pergi ke Taiwan.

“Kemudian kami merancang untuk pergi ke Filipina, Australia dan sebagainya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan