Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan maut di Jalan Alomara, Bintangor. Foto IPD Meradong

Pemotong rumput maut, motosikal dirempuh lori

BINTANGOR, 28 Feb: Seorang pemotong rumput menemui ajal apabila motosikal yang ditunggangnya bersama rakan dirempuh sebuah lori berhampiran simpang Jalan Alomara, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitenden (DSP) Sekam Anoi berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 26 tahun dalam perjalanan dari bandar Bintangor menghala ke Taman Bintang.

Selain motosikal mangsa katanya, insiden pada kira-kira 6 petang itu melibatkan dua lagi motosikal yang menghala ke arah laluan sama.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah lori dalam perjalanan dari Taman Bintang menghala ke Bintangor.

“Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, lori terbabit tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan mangsa dan dua lagi motosikal lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekam berkata, insiden mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang berusia 18 tahun cedera parah.

Siasatan lanjut ke atas kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan