Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah yang berpusat di The Hague pada minggu lepas mengarahkan Israel segera menghentikan operasi ketenteraannya di Rafah, menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei. Foto AFP

Rundingan gencatan di Gaza belum membuahkan hasil – Qatar

ByBernama

ISTANBUL, 28 Feb: Qatar pada Selasa memaklumkan bahawa perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza belum membuahkan sebarang hasil.

“Setakat ini, rundingan itu tidak membuahkan hasil yang ketara.

“Kami yakin dan optimis agar kita dapat mencapai sesuatu hari ini atau esok,” kata jurucakap Kementerian Luar, Majed Al-Ansari pada sidang media di Doha.

Jurucakap Qatar itu berkata, negaranya berusaha mencapai rundingan gencatan senjata di Gaza menjelang Ramadan yang akan bermula minggu depan, lapor Agensi Anadolu.

“Situasi di lapangan, bagaimanapun berbeza sama sekali kerana terdapat banyak halangan,” katanya.

Al-Ansari berkata, bahawa aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza semakin berkurangan justeru menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak dengan membenarkan akses bekalan bantuan ke Palestin.

Qatar bersama Mesir dan Amerika Syarikat menjadi pengantara antara Hamas dan Israel untuk menamatkan serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza.

Hampir 29,900 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 70,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan