Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Dato Sri Lee Kim Shin dan Datuk Dr Adnan Mat semasa Perhimpunan Penjawat Awam 2024 di Miri, hari ini. Foto TVS

Kuarters kediaman lebih selesa untuk penjawat awam di Sarawak

MIRI, 27 Feb: Kerajaan Sarawak akan memastikan penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini mendiami kuarters kediaman yang lebih selesa sebagai salah satu insentif dalam meningkatkan mutu kerja.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri turut memastikan pembangunan infrastruktur ini dijalankan secara menyeluruh terutama pembangunan kuarters di kawasan luar bandar Sarawak.

“Menyentuh mengenai kekurangan kuarters terutamanya di luar bandar, bagi Kerajaan Sarawak kita sedar bahawa kekurangan kuarters, terutamanya di kawasan luar bandar adalah satu cabaran yang perlu ditangani segera.

“Saya telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk mengkaji dan mengambil langkah untuk menyediakan tempat kediaman yang selesa di dalam bangunan dan juga persekitarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada program Perhimpunan Penjawat Awam 2024 bersama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat.

Abang Johari turut menyeru anggota perkhidmatan awam Sarawak menguasai kemahiran teknologi terkini agar kekal relevan seterusnya berupaya menyumbang kemahiran serta kepakaran untuk memajukan segmen ekonomi dan teknologi digital yang menjadi inti pati ekonomi moden.

“Saya ingin menyeru kepada semua anggota perkhidmatan awam Sarawak bahawa kita harus cakna dengan perkembangan teknologi agar dapat kekal memberi mutu perkhidmatan di tahap yang terbaik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan