Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.Foto, Bernama.

Terima kenyataan, hormati Kerajaan Perpaduan yang dibentuk – Agong

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak perlu menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang dibentuk.

Sehubungan itu tegas Seri Paduka, baginda tidak akan melayan sebarang permintaan mana – mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

Tambah Sultan Ibrahim, jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah bagi menjalankan tanggungjawab serta memikul amanah Majlis Raja -Raja untuk pastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara serta kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa terpelihara.

Sultan Ibrahim berangkat rasmikan Istiadat Pembukaan Parlimen

“Oleh itu saya saya seru semua pihak, sama ada sebelah kanan (kerajaan atau) kiri (pembangkang) marilah kita bersatu hati berganding bahu dan bekerjasama dan membangunkan negara.

“Di mata saya, kejayaan atau kegagalan negara bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja tetapi kesemua 222 ahli Dewan Rakyat yang telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu menerusi titah sulung baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, di sini hari ini.

Turut berangkat tiba, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Menerusi titah sama, Sultan Ibrahim turut memberi amaran tegas kepada pihak tertentu yang gemar bermain politik

“Ingin saya tegaskan di sini yang saya tidak akan melayan sebarang permintaan mana – mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

“Semua pihak mestilah terima kenyataan dan hormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk,” tegas baginda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan