Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR bersama penduduk rumah panjang menjalankan operasi mencari mangsa di lokasi kejadian. Foto BBP Kanowit

Kanak-kanak dikhuatiri lemas jatuh sungai di Kanowit

KANOWIT, 26 Feb: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Nanga Geremai dekat sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Batrick Giling Bunau berasal dari Rumah Boniface Giri dikatakan tergelincir semasa berada di tebing sungai berkenaan sekitar jam 5.15 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Arrahman Chik berkata, sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kes itu jam 6.16 petang.

“Terdapat dua orang saksi kejadian yang berada di tebing sungai yang ketika itu sedang membuat kerja harian ternampak mangsa tergelincir di tebing sungai dan berlari ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa, namun tidak berjaya.

“Pencarian mangsa turut dibantu oleh penduduk rumah panjang di sekitar tempat kejadian namun gagal sebelum pasukan bomba dihubungi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, jarak dari rumah panjang ke tebing sungai iaitu lokasi kejadian dalam anggaran lebih kurang 150 meter.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bersama pihak polis kemudian memulakan operasi pencarian namun keadaan cuaca semakin gelap dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 7.59 malam,” ujarnya.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) akan disambung hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan