Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib (kiri) bersama adiknya, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Pengebumian Negeri di Kuching, hari ini.

Anak Tun Abdul Taib kongsi kenangan manis dijaga ayah selepas waktu sekolah

ByFebbright James

KUCHING, 22 Feb: Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan seorang bapa yang tegas kerana sangat menerapkan aspek disiplin ketika mendidik anak-anaknya.

Demikian kongsi anak kedua mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.

https://youtu.be/-DVqEKWRWvw
Tun Abdul Taib bapa mithali | TVS

Namun jelas Mahmud Abu Bekir, di sebalik sikap tegas itu, Tun Abdul Taib sentiasa mencari peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

“Meskipun kepenatan jelas terpancar pada wajah Tun selepas pulang kerja, Allahyarham akan tetap membawa kami adik – beradik menonton wayang, seperti cerita Sword Fighting. Kerana itulah, saya tonton cerita berkenaan beratus kali.

“Kadang-kadang ayah akan tertidur di panggung wayang kerana letih selepas bekerja, namun masih terpaksa melayan kami,” katanya.

https://staging.tvsarawak.my/2024/02/22/tun-abdul-taib-mahu-tuntut-kemerdekaan-sarawak-sejak-di-bangku-sekolah/

Mahmud yang ditemani adiknya, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Pengebumian Negeri di tanah perkuburan keluarga berhampiran Masjid Demak, Jalan Bako di sini hari ini.

Sementara itu, Mahmud turut berkongsi kehidupan mereka ketika Tun Abdul Taib menjawat pelbagai jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Katanya, dia serta adik beradiknya berkesempatan turut serta dalam pelbagai acara yang dihadiri oleh ayahnya.

“Sewaktu ayah di Kementerian Penerangan, apabila balik dari sekolah, saya terus ke Angkasapuri dan berpeluang masuk ke pelbagai studio untuk melihat persembahan.

“Ayah menjaga kami, jadi apabila balik ke rumah pada pukul 5 petang, ibu (Allahyarhamah Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib) tidak terlalu penat. Masa itu darjah tiga,” katanya.

Tambah Mahmud Abu Bekir, ketika ayahnya bertugas di Kementerian Perusahaan Utama pula, dia dan adik beradiknya berpeluang mengikuti Allahyarham ke Universiti Serdang (kini Universiti Putra Malaysia) .

“Jadi kami belajar menanam buah dan menangkap ikan. Ini pengalaman istimewa bagi kami,” ujarnya.

Berkongsi kisah lucu ayahnya pula, Mahmud Abu Bekir mendedahkan, Tun Abdul Taib ‘tidak berani’ membawa anak-anaknya berusia bawah lima tahun kerana tidak pandai memakaikan mereka lampin dan menyediakan makanan bayi.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi nasihat yang sering diberikan oleh ayahnya kepada mereka iaitu sentiasa bekerja keras.

Katanya, tiada yang boleh menggantikan kerja keras untuk berjaya.

“Tun selalu sebut kami (adik beradik merupakan) bijak pandai, jadi tiada sebab untuk tidak berjaya.

“Allahyarham turut menasihati, kalau jatuh bangkit kembali. Kami nampak ini berlaku banyak kali dalam karier politiknya dan Alhamdullilah, beliau berjaya,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan