Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sharaie Wahab,salah seorang masyarakat yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. Foto, TVS.

Tun Abdul Taib pesan amal dua surah Al Quran

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 22 Feb: Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pernah berpesan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah Ad- Dhuha dan Al-Insyirah.

Menurut Sharaie Wahab yang merupakan seorang pendakwah di Sarawak, sehingga kini pesanan Allahyarham masih diamalkan olehnya.

“Perkara ini dipesan oleh Tun Abdul Taib lebih 10 tahun lalu ketika hadir pada satu kongres,” katanya ketika ditemui pada Istiadat Pengebumian Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Sharaie yang pernah menerima pingat Bentara Bintang Sarawak (BBS) daripada Tun Abdul Taib turut menyifatkan kehilangan pemimpin ulung itu sukar dicari ganti.

“Bercakap mengenai politik pembangunan, apa yang saya lihat bukan sekadar cakap tetapi realiti yang kita dapat lihat , misalnya kemudahan jalan raya,” ujarnya.

Jenazah Tun Abdul Taib selamat dikebumikan di tanah perkuburan keluarga berhampiran Masjid Demak Jaya awal petang tadi.

Tun Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam.

Kerajaan Sarawak mengisytiharkan wilayah ini berkabung selama dua hari  bermula semalam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan