Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang ditahan sepasukan polis narkotik di sebuah hotel di Jalan Long Bridge bersama barang kes petang semalam. Foto IPD Sibu

Penganggur miliki dadah ecstacy 180 gram diberkas

SIBU, 20 Feb: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 180.34 gram dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Long Bridge dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, penahanan penganggur berusia 34 tahun itu dilakukan di bahagian lobi hotel berkenaan kira-kira jam 4.15 petang.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak polis telah menjumpai dua paket plastik warna putih bertulis ‘Juice Master’ disyaki mengandungi campuran dadah jenis ecstacy anggaran berat kasar 74.22gram.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut, pihak polis turut menemui tiga paket plastik yang mengandungi dadah jenis yang sama dengan anggaran berat 106.12 gram di sebuah apartmen di Jalan Wong King Huo,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, anggaran harga pasaran bagi keseluruhan dadah seberat 180.34 gram yang dirampas itu adalah RM2,131.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan suspek juga mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah.

“Pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dianggarkan bernilai RM50,000,” jelasnya lanjut.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 Februari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan