Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Bandaraya Kuching Selatan(MBKS) akan menganjurkan Konsert Chap Goh Mei 2024 bertempat di Lake Theatre, Kuching Park MBKS pada 24 Februari ini. Foto TVS

MBKS anjur Konsert Chap Goh Mei 2024 pada 24 Februari ini

KUCHING, 20 Feb: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menganjurkan Konsert Chap Goh Mei 2024 bertempat di Lake Theatre, Kuching Park MBKS di sini, mulai jam 7 malam 24 Februari ini.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, dengan barisan artis yang luar biasa, persembahan yang menakjubkan dan aktiviti yang menarik konsert itu menjanjikan perayaan untuk diingati semua mencerminkan sebenar perpaduan, tradisi, dan semangat Tahun Baharu Cina.

“Daripada muzik tradisional hingga persembahan kontemporari, konsert ini menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan untuk hadirin semua latar belakang yang menghadirinya.

“Lebih daripada sekadar konsert, Konsert Chap Goh Mei 2024 berfungsi sebagai platform untuk pertukaran budaya dan penglibatan. Melalui muzik, tarian dan seni masyarakat sama-sama dijemput untuk menyelami tradisi Chap Goh Mei yang bertenaga, memupuk persefahaman dan penghayatan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai,” katanya ketika mengadakan sidang media hari ini.

Katanya, para hadiri akan terpesona dengan persembahan tarian singa yang menakjubkan, di mana singa tangkas melambangkan tuah dan kemakmuran untuk tahun hadapan.

“Pertunjukan bunga api yang menakjubkan akan menerangi langit, menambahkan keseronokan dan tontonan pada perayaan.

“Dalam semangat keterangkuman, kemasukan ke konsert adalah percuma untuk semua, tempat duduk tidak akan disediakan, kerusi akan disediakan untuk mereka yang memerlukan, memastikan keselesaan untuk semua hadirin,” ujarnya.

TEA FM rakan radio rasmi, TVS penyiar rasmi bersama penaja seperti Kuching Love Book Association, 38 Yayasan Amal Cinta, Imperial Hotel Kuching, Tay Motors, dan Skyram Enterprise memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan