Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melancarkan filem 'Raya Emas The Movie Selako Sacret Treasure' di Muzium Kebudayaan Borneo hari ini. Foto TVS

MTCP tidak letakkan had mohon Dana Pemudahcara Warisan, Seni dan Kebudayaan Sarawak

KUCHING, 20 Feb: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) tidak mengehadkan pengiat industri kreatif di negeri ini memohon bagi mendapatkan Dana Pemudahcara Warisan, Seni dan Kebudayaan Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun sudah mendapat bantuan Dana Mudahcara daripada kerajaan pusat, pengiat industri terlibat masih boleh memohon dana tersebut daripada kerajaan negeri.

Katanya, pendekatan itu diambil bagi memastikan pengiat-pengiat industri kratif Sarawak berupaya melaksanakan aktiviti dengan baik tanpa sebarang isu berbangkit, pada akhirnya  akan memperoleh keuntungan adalah penggiat dan industri tersebut.

“Selain itu, impak ekonomi daripada acara atau aktiviti seni yang dijalankan seperti acara musikal, sukan dan perfileman terhadap sektor lain khususnya pelancongan.

“Maka oleh sebab itu, kita tidak meletakkan sebarang syarat atau mengikat ia seperti itu,” katanya pada sidang media pelancaran Filem ‘ Raya Emas The Movie Selako Sacret Treasure di Muzium Kebudayaan Borneo di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, pendekatan yang dilaksana itu juga berupaya meransang bukan sahaja industri kreatif Sarawak, malah ia turut meransang sektor pelancongan di negeri berkenaan.

Katanya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan Dana sebanyak RM40 juta setiap tahun bagi tujuan berkenaan.

Dana terbabit boleh dimanfaat oleh penggiat industri terlibat bagi melaksanakan pelbagai acara serta aktiviti membabitkan kebudayaan, musikal, perfileman serta acara sukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan