Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai mencari mangsa di runtuhan rumah keluarga Baraka di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza selepas ia terkena serangan udara Israel. Foto AFP

Sidang kemuncak Afrika gesa siasatan bebas terhadap pencabulan Israel di Gaza

ByBernama

AMMAN, 19 Feb: Sidang kemuncak Kesatuan Afrika pada Ahad menggesa siasatan bebas antarabangsa dilakukan terhadap pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh Israel di Gaza, termasuk penggunaan senjata yang diharamkan selain menyasarkan hospital dan saluran media dalam perangnya di Semenanjung Gaza.

Berlangsung di Addis Ababa ibu negara Ethiopia, Sidang kemuncak itu turut menggesa Israel menyahut seruan antarabangsa untuk gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza dan mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai dan menarik balik kepungan yang tidak adil di wilayah itu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Sidang kemuncak itu juga mengutuk perang kejam Israel dan penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap 2.2 juta orang awam yang tidak bersenjata dan mengecam hukuman kolektif terhadap orang awam di Gaza dan percubaan untuk memindahkan mereka secara paksa ke Semenanjung Sinai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan