Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Empat Sekawan Kembali Ke Tirai Besi

ByNur Suhaida Muliyono

PADAWAN, 5 JULAI: Selepas lima hari operasi memburu dua banduan yang lolos dari penjara, pihak polis berjaya menangkap semula kedua-dua tahanan terbabit tidak jauh dari Pusat Transit Penjara Puncak Borneo.

Mereka diberkas di sekitar kawasan perumahan Batu 11, Padawan oleh Tiger Platoon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan ketika dihubungi kru TVS mengesahkan kejadian itu.

Selepas menerima maklumat daripada orang awam, Unit Udara Polis Diraja Malaysia dikerahkan ke lokasi pencarian yang tertumpu di sekitar kawasan perumahan Batu 11, Padawan hari ini.

Susulan itu, kesemua pasukan memburu yang terlibat termasuk Unit K9 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, Jabatan Penjara Puncak Borneo bersama Unit K9 Penjara Puncak Borneo telah mengepung kawasan berkenaan.

Kedua-dua suspek sebelum ini ditahan untuk kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian pada Khamis lepas, empat suspek dikatakan melarikan diri dari Pusat Transit Penerimaan di Penjara Puncak Borneo sekitar jam 5:11 petang.

Namun dua daripada mereka berjaya ditangkap semula oleh pasukan rondaan penjara iaitu sekitar jam 6:25 petang dan 10:50 malam di kawasan perumahan PR1MA berdekatan penjara tersebut.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan