Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sedang melaksanakan kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini. Foto hiasan Envato

KDN laksana lanjut tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Feb: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sedang melaksanakan kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana tempoh sah laku pasport selama 10 tahun itu sudah dilaksanakan di beberapa negara.

“Tempoh sah laku pasport selama 10 tahun sudah diamalkan dalam kalangan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Selain itu di Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Menurut Saifuddin Nasution, kajian berkenaan dijangka siap dalam tempoh munasabah sebelum satu dasar dibuat berkaitan perkara itu.

“Saya percaya dalam tempoh munasabah bila hasil kajian itu kita peroleh, kita akan buat dasar tentang keperluan sama ada laksanakan untuk tempoh lima atau 10 tahun,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, satu lagi pejabat pasport imigresen akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi Jun depan.

Beliau berkata, pejabat berkenaan kini dalam proses disiapkan sebelum beroperasi sepenuhnya.

“Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa menambah jawatan tetapi permudahkan urusan imigresen dengan masyarakat,” katanya.

Mengenai Pejabat Pasport Shaftsbury, beliau berkata, ia adalah pejabat ke-78 dibuka yang menerima permohonan untuk memperbaharui pasport secara dalam talian sepenuhnya.

Beliau berkata, tiga lagi pejabat yang melakukan urusan pembaharuan pasport secara dalam talian ialah cawangan pejabat di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 3,057,825 pasport dikeluarkan tahun lepas berbanding 2,574,435 pada tahun sebelumnya yang menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan