Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bertrand Rhodict Lises berjaya menempah tiket ke Paris menerusi acara 10 meter (m) platform individu ketika beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lepas.Foto, AFP.

Nasib Bertrand Rhodict diketahui akhir bulan ini

ByBernama

PETALING JAYA, 18 Feb: Teka-teki mengenai status penerjun lelaki negara, Bertrand Rhodict Lises dalam program Road To Gold (RTG), bakal terjawab selepas mesyuarat jawatankuasa program itu hujung bulan ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata biarpun Bertrand bukan atlet di bawah program RTG, Majlis Sukan Negara tetap memberi sokongan penuh kepadanya untuk menjalani persiapan membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Julai ini.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024

“Kita nantikan, (status Bertrand) akan dibincangkan dalam (mesyuarat jawatankuasa) RTG,” katanya ketika ditemui pemberita pada Cabaran Lompat Tinggi ‘Leap To The Stars’ 2024 di sini, semalam.

Biarpun telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024, Bertrand tidak menepati dua kriteria utama RTG iaitu atlet yang pernah memenangi pingat di temasya sukan terbesar dunia itu dan berada dalam ranking 10 terbaik dunia.

TERKINI : Bertrand Rhodict muncul atlet Malaysia pertama layak ke Olimpik Paris 2024

Bertrand merupakan wakil tunggal terjun negara di Paris selepas penerjun lain negara termasuk bekas pemenang pingat Sukan Olimpik, Datuk Pandelela Rinong selain Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, baru-baru ini.

Atlet dari Sarawak itu berjaya menempah tiket ke Paris menerusi acara 10 meter (m) platform individu ketika beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lepas.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024

Pandelela dan Nur Dhabitah pula berdepan risiko disingkirkan daripada program RTG selepas terlepas peluang beraksi Sukan Olimpik.

RTG merupakan program sokongan khas tambahan untuk membantu atlet elit mencapai pingat emas Olimpik pertama negara di Paris 2024 atau Los Angeles 2028.

Abdul Karim terkilan kritikan pedas SU Persatuan Renang Malaysia terhadap Pandelela

Atlet di bawah program RTG menerima elaun tambahan RM3,000 sebulan (di atas elaun biasa), serta faedah istimewa lain dari segi kepakaran sains sukan, penyertaan dalam kejohanan luar negara dan kejurulatihan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan