Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Angkasawan China jalankan aktiviti luar kenderaan

ByTVS
Saksikan video penuh aktiviti angkasawan China di sini. Video kredit Metro TV.

BEIJING, 4 Julai (Bernama) — Dua angkasawan China yang menjalankan misi kapal angkasa lepas Shenzhou-12, Liu Boming dan Tang Hongbo berjaya keluar dari kapal angkasa lepas dan melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA).

Menurut Jabatan Penerbangan Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China (CMSA), angkasawan Liu Boming berjaya membuka pintu bahagian penghubung modul teras Tianhe pada 8.11 pagi tadi.

Memakai Feitian, sut angkasa lepas generasi baharu yang dibuat khusus, kedua-dua angkasawan itu berjaya memasang peranti penyekat kaki dan platform kerja luar kenderaan dengan bantuan lengan mekanikal.

Liu Boming dan Tang Hongbo akan bekerjasama menjalankan beberapa misi pemasangan di luar kenderaan dengan bantuan lengan mekanikal itu.

Pada masa sama, Nie Haisheng menjalankan misi di dalam modul teras Tianhe untuk membantu kedua-dua angkasawan tersebut menyelesaikan EVA.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan