Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan 418 orang daripada 107 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS). Foto TVS

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang

KUCHING, 17 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan 418 orang daripada 107 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 402 orang daripada 106 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.

“PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 184 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (174) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60),” menurut laporan itu.

JPBN turut memaklumkan PPS Dewan Kampung Segong, Bau telah ditutup sepenuhnya pada 8.30 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam esok diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan