Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

21 cedera dalam kejadian kilang kimia meletup, terbakar di Thailand

ByTVS

BANGKOK, 5 Julai (Bernama) — Satu letupan kuat dan kebakaran besar berlaku di sebuah kilang plastik di daerah Bang Phli, Thailand pada awal Isnin, mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang, lapor Sputnik memetik Bangkok Post.

Kejadian berlaku di kilang Ming Dih Chemical Co, menempatkan sekitar lima hingga enam gudang dengan 50 tan bahan kimia, menurut akhbar itu.

Letupan itu turut mencetuskan kebakaran besar mengakibatkan kerosakan pada kilang dan bangunan serta rumah yang terletak dalam radius satu kilometer (km).

Pihak berkuasa tempatan di wilayah Samut Prakan telah mengarahkan penduduk yang berada dalam radius lima km dari kilang dipindahkan.

Punca letupan masih belum diketahui.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan