Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan beberapa penempatan di Nanga Entaih yang dilanda banjir kilat pada pagi tadi. Foto BBP Bintangor

Banjir: Lebih 60 penduduk terjejas di Nanga Entaih

BINTANGOR, 16 Feb: Sekurang-kurangnya 60 orang penduduk terjejas berikutan lapan penempatan di Nanga Entaih, Pakan di sini dilanda banjir kilat pagi tadi.

Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Nicholas Belulin berkata, insiden kira-kira jam 1 pagi itu turut menjejaskan sebuah sekolah rendah dan klinik kesihatan Nanga Entaih.

Menurutnya, kejadian yang dipercayai berpunca daripada limpahan Sungai Entabai itu mengakibatkan paras air mencecah ketinggian hingga 1.8 meter.

“Bagaimanpun tiada pemindahan dilakukan kerana penduduk sempat bergerak ke kawasan yang lebih tinggi untuk menyelamatkan diri.

“Kejadian turut menenggelamkan enam buah kereta yang diparkir di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nicholas, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.29 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Kita melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas dengan menggunakan bot penduduk untuk mendapatkan maklumat.

“Ketika ini keadaan masih terkawal namun, kita mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada jika hujan lebat masih berterusan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan