Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kematian akibat mengambil dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat melebihi 109,000 kes pada tahun 2022. Foto hiasan Envato

AS catat 109,000 kes kematian akibat ambil dadah berlebihan pada 2022

ByBernama

LOS ANGELES, 16 Feb: Kematian akibat mengambil dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS) melebihi 109,000 kes pada tahun 2022, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Khamis.

Hampir 70 peratus daripada jumlah korban itu melibatkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.

Menurut CDC, dari bulan Januari-Jun 2020 hingga Julai-Disember 2022, peratusan kematian meningkat sebanyak 73.7 peratus.

Memperkukuh dan memperluas perkhidmatan kesihatan awam untuk mengatasi risiko pengambilan bahan itu secara berlebihan mungkin dapat mengurangkan risiko kematian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan