Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Rumah harga mampu milik bakal dibina di Bintulu – Premier Sarawak

ByFebbright James

BINTULU, 15 Feb: Kerajaan Sarawak bakal membangunkan kawasan perumahan dengan harga mampu milik di Bintulu, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Inisiatif Lembaga Kemajuan Bintulu (DBA) itu, menurut beliau akan dilaksanakan dengan konsep ‘Supply-Demand‘ (penawaran dan permintaan).

Rumah mampu milik bakal dibina di Bintulu | TVS

Abang Johari mendedahkan DBA juga akan memperluaskan kawasan di sini termasuk di Sebauh dan Tatau yang akan menjadi sebahagian daripada Pelan Pembangunan Besar-Besaran BDA.

“Ini demi masa depan Bintulu yang lebih besar. Pembangunan perlu lebihh teratur termasuk perumahan. Harga rumah jangan terllau mahal. Sebab itu kita akan bina rumah banyak-banyak agar harga akan turun mengikut ‘market forces’.

“Kita akan bina perumahn hingga ke Tatau dan Sebauh sebab dulu hanya tertumpu di tengah bandar Bintulu sahaja. Sebab itu harga mahal.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran DUN Tanjung Batu dan SUPP Cawangan Bintulu, di sini pada Khamis.

Selain itu, beliau meyakini projek Transit Aliran Autonomi (ART) akan dimulakan di Bintulu selepas Kuching bakal menjadi pengangkutan awam terbaru di bandar ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan