Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada cabaran terlalu sukar untuk mereka yang benar-benar mahu divaksin

KUCHING, 5 JULAI: Basah lencun terkena hujan, merentas Empangan Hidro Batang Ai, menaiki perahu, berjalan kaki berbatu-batu jauhnya bukan penghalang bagi mereka yang nekad mahu menerima vaksin Covid-19.

Ini terbukti apabila seramai 20 penerima telahpun selesai mendapatkan dos kedua vaksin sementara 140 lagi selesai menerima dos pertama mereka pada Program Outreach Kilinik Kesihatan Stamang, Lubok Antu.

Menurut Penyelia Jururawat Klinik Kesihatan Lubok Antu, Margaret Minong, program terbabit yang menyasarkan para penduduk dari rumah panjang kawasan Ulu Engkari itu dibantu kakitangan klinik kesihatan Lubok Antu.

“Walaupun dalam perjalanan terpaksa meredah hujan namun proses vaksinasi berjalan lancar.” katanya.

Antara rumah panjang yang terlibat adalah Rh Mengiling a Dan b, Rh Sambau, Nanga Mengkak, Rh Brown Nanga Stapang, Rh Nanga Tutong, Rh Kemayau Manis dan Rumah Nanga Sepaya.

Pemberian dos kedua vaksin jenis Sinovac bagi penduduk terlibat dijadualkan pada 22 Julai kelak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan