Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Rukyah Hilal dengan kerjasama daripada beberapa agensi yang terlibat untuk penampakan anak bulan hijri diadakan petang semalam di Pusat Falak Miri. Foto, TVS.

Program Rukyah Hilal diadakan di Pusat Falak Miri

BySharifah Anira

KUCHING, 11 Feb: Program Rukyah Hilal dengan kerjasama daripada beberapa agensi untuk penampakan anak bulan hijri diadakan petang semalam di Pusat Falak Miri.

Menurut Jabatan Mufti Sarawak, program berkenaan turut melibatkan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Miri, Jabatan Tanah dan Survey Bahagian Miri dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

“Program diadakan bagi menentukan penampakan awal bulan hijri dan seterusnya proses mencerap hilal yang bermaksud anak bulan dilakukan pada waktu petang hari ke-29 bulan hijri untuk memastikan sama ada hilal wujud atau belum.

“Hilal akan kelihatan selepas peringkat bulan mengalami fasa ijtimak yang juga disebut sebagai fasa bulan gelap atau new moon, ” jelas pejabat itu menerusi kenyataan media.

Turut hadir Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin, Temenggong Bahagian Miri, Dato Abdul Rahman Abang Fadzail, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Mual Suaud dan Hakim Syarie Mahkamah Syariah Sarawak Bahagian Miri, Wahabi Isenan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan